PERSATUAN SENI SILAT GAYANG LIMA NEGERI JOHOR(0619/98)

(  Gabungan Buah Pukul Mersing  )

 Jangan terkinjak jangan terkinja... Apatah lagi dijual dijaja... Usah dikeji usah dipuja... Sedikitkan cakap banyakkan kerja...

" Tahniah kepada 25 siswa serta siswi  Seni Silat Gayang Lima Caw. Parit Raja dalam Majlis Khatam Lian 1 hingga 8  pada 31 hb Mei, 2008 di Gelanggang YDP Hj. Raja Ali bin Salleh "

Berita gembira untuk yang ingin mempelajari Seni Silat Gayang Lima  di Negeri Johor khususnya Daerah Batu Pahat , Muar serta Kluang

   

Fasa 2 lanjutan kepada yang telah mengambil Lian 1 hingga 4 akan memulakan sessi latihan lanjutan

Pada  2 hb. November, 2008  serta pengambilan ahli ahli baru untuk menjadi ahli Gayang Lima

Sila mendaftar atau rujuk ditalian 017 - 7790987 atau 013 - 7064866

 

" KEMBALIKANLAH KEHEBATAN PENDEKAR & KHAZANAH SENI WARISAN MELAYU "

 

Bergambar bersama Yang Dipertua Tuan Hj. Raja Ali bin Raja Salleh dengan AJK Silat Gayang Lima Parit Raja

    

Mukadimah

  

Di Daerah Batu Pahat yang terkenal dengan banyak aliran perguruan seni silat seperti Seni Silat Gayung, Seni Silat Jawa Betawi, Seni Silat Sunda, Seni Silat Harimau Berantai, Silat Sendeng dan pelbagai lagi. Dengan keadaan yang banyak berubah tidak terkecuali Silat yang dibawa oleh Pak Haji Raja Ali bin Raja Salleh agak berlainan dari alam persilatan Melayu. Seni Silat ini dikenali denagn panggilan SILAT LIAN. Silat LIAN ini yang berasal dari Kwantung Negeri Cina ini dibawa oleh seorang Pendakwah dan Mahaguru KUNG - FU bernama Syed Abd. Rahman Al'Yunani. Silat ini diilhamkan oleh pengasasnya yang bernama Saidina Samaon Al'Radzi. Setiba di Malaysia Syed Abd. Rahman telah menetap di rumah Anak Dato Beremban di No. 5, Jalan Maharani, Muar pada 5hb Januari 1897. Apabila hendak mula disebarkan Silat Kung - Fu itu ditukar kepada Silat Lian.

 

Lain-lain panggilan seperti Buah Pukul Mersing, Buah Pukul, Silat Lian Yunan, dan yang terbaru Silat Lian Padukan dan Gerak Lian adalah asal dari Silat Lian yang dibawa oleh Syed Abd. Rahman. Seperti di Kuantan terutama di daerah Tanjung Lumpur dan Sungai Ular, Gerak Lian telah menular dan terkenal di sana. Begitu juga di Kg. Sungai Puteri Rompin dan di sekitar Wilayah Kuala Lumpur yang lebih dikenali dengan panggilan Silat Lian Padukan.

      

Salah seorang dari murid beliau bernama Arwah Awang Daik merupakan guru Silat Lian yang mengajar askar - askar diistana Sultan Johor serta di ajar kepada kakitangan kerajaan yang berpangkat seperti Mejar Agil , Kolonel Musa serta yang lain-lain nya. Hinggalah tibanya dizaman Pak Haji Raja Ali bin Raja Salleh dan Abdul Rahman bin Abdul Majid alias Pak Atan Air Batu untuk mengajar kepada orang¨Corang awam hingga lah sekarang ini. Walaupun Pak Atan Air Batu sudah uzur namun Silat Lian dapat diteruskan oleh Raja Ali bin Raja Salleh hingga lah pada 17 hb. Ogos 2007 tertubuhnya Persatuan Seni Silat Gayang Lima di cawangan Parit Raja. Dengan diterajui oleh bapak Subarjo Hj. Sukardi serta Ahli Jawatan kuasa, pengambilan ahli dijalankan dengan sambutan yang menggalakan, pesilat pesilat terdiri daripada kalangan kakitangan kerajaan, Dokter serta peniaga peniaga disekitar pekan Parit Raja dan peringkat sekolah dari berumur 7 tahun sehingga 21 tahun.

  

Dalam Silat Gayang Lima ini merupakan Seni Silat Pertempuran, Gayang bermakna bergelek, berayun dan Lima merupakan Rukun Islam yang lima. Gabungan buah pukul Mersing, buah Pukul bermakna menetak atau memukul Senjata pada diri kita ada 8 terdiri dari 2 kaki , 2 lutut , 2 siku dan 2 buku lali. Ahli-ahli pesilat baru akan diajar cara melangkah 4 penjuru alam, menetak , memukul dan mengiku dan menendang, Jika dapat menguasai kesemua itu baru diajar Lian 1. Lian 1 jika ingin menguasai memakan masa 1- 3 bulan. Jika pada zaman Sholin di negeri Cina Lian 1 memakan masa setahun untuk memahirkannya, kerana Lian 1 merupakan Ibu Lian.

       

Sebenarnya Lian 1 itu adalah satu permainan yang hidup. Ia tidak membuka ruang untuk menyerang. Dalam gerak Lian sendiri ada buahnya. ¡° Syarat untuk pesilat pesilat yang baru yang hendak belajar mestilah menyediakan limau nipis dan pengeras RM 15.00 . Untuk dewasa yang berkerja yuran belajar sebulan RM30.00 dan budak sekolah hanya RM15.00 sahaja. "  Untuk menguasai Lian 1 hingga Lian 4 memakan masa 6-12 bulan , selepas menguasai Lian 4 baru diajar permaianan Buah. Jika setiap pesilat dapat menamatkan Lian 1 hingga 4 , secara sempurna menjadi bekalan untuk pesilat-pesilat untuk mengadapai musuh dalam apa sahaja situasi.

 
Tok Penghulu Salleh meresmikan Persatuan  Silat Gayang Lima Parit Raja
   

YDP Pak Raja Ali  bin Raja Salleh menerima cenderahati dari Pengerusi Silat Gayang Lima Parit Raja

     

YDP Pak Raja Ali bin Raja Salleh meresmikan Gelanggang Silat Gayang Lima Parit Raja
    

Silat Gayang Lima merangkumi Lian 1 hingga Lian 12 . Setelah tamat Lian 12, pesilat akan diajar menguasai BUAH TINGKATAN dan Buah 12 ini merupakan buah sulit. Peringkat ini mengandungi 36 jenis buah tunggal merupakan senjata yang merupakan LANGKAH MAUT ( Deadly Step ). Dalam menterjemahkan Silat Lian ini senjata pada kita adalah rahsia kepada musuh kita. Silat Gayang Lima juga mempunyai langkah Belebat seperti Belebat Kasar, Pukul dan Pecah 4 dan senjata utama dalam silat ini adalah TEKPI.

 

Mengikut keturunan Perguruan atau salasilah Silat Gayang Lima ini, Tuan Hj. Raja Ali bin Raja Salleh merupakan generasi ke 12 selepas Abdul Rahman bin Abdul Majid alias Pak Atan Air Batu.

     
    

Pesilat pesilat bergambar bersama

Tok Penghulu dan YDP bersama

AJK Persatuan Silat Gayang Lima Parit Raja

 Demo dari Pak Abd. Rahman bin Abd. Majid @ Pak Atan Air Batu

     
               
  

 

 


 

Galeri di Majlis Khatam 25 siswa serta siswi Seni Silat Gayang Lima pada

31 hb. Mei, 2008 di Gelanggang YDP Hj.Raja Ali bin Salleh

  

Gambar 1 & 2  Siswa  siswi Gayang Lima bergambar bersama YDP dan Jurulatih sebelum majlis khatam bermula.
 

Gambar 3

Tetamu undangan dari perguruan Lian Padukan Cikgu Hashim serta rombanganya dari Kuala Lumpur turut serta meraikan dimajlis yang penuh dengan adat istiadat perguruan.

 
 

Gambar 4

Gambar bapak Subarjo bersama Cikgu Hashim dari Lian Padukan dan YDP Silat Gayang Lima Raja Haji Ali

Gambar 5

Bergambar bersama 2 perguruan Silat Gayang Lima dan Silat Lian Padukan

 

 

       

   

 

Hak Cipta : Pro-Vision Technology JM0272755-V . © Copyright 2008, All rights reserved

B15, KOPERASI PARIT RAJA BERHAD, JLN. PASAR, PARIT RAJA,86400, BATU PAHAT, JOHOR D.T.

Mailbox: Garudasakti Master Program, Peti Surat 29, Pejabat Pos Parit Raja, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor D.T.

Tel/Fax: 07 - 4532239       H.P (SMS):  017-7790987, 013 - 7064866    Email: master@garudasakti.com.my