Perguruan  Seni Silat Garudasakti 

( Seni Silat - Tenaga Dalam - Penyembuhan - Konsultasi  )

"  Warisan Seni Silat Lambang Keunggulan Bangsa Melayu "

    

Perhatian pada siswa serta siswi Garudasakti seluruh dunia:

 

 Untuk  Siswa serta Siswi diluar negeri Johor latihan Garudasakti dan Inderasakti diadakan setiap

Sabtu malam Ahad, 2 kali dalam sebulan ( AWAL dan AKHIR BULAN ) di Gelanggang Silat Al'Farabi

( depan Petronas Parit Raja, Batu Pahat,Johor ).

   

Sila hadir ahli ahli yang telah mengambil indera Sakti khususnya untuk ujian peringkat Jurulatih dan Gurulatih. Latihan untuk Senaman Petua dan Seni Keris Lok Sembilan  juga diadakan untuk yang bermasalah 1001 satu jenis penyakit.

  

 

Perguruan Seni Silat Garudasakti telah membuat persembahan  dimajlis 

" PENDEKAR HARAPAN  2008 "

Dikelab Masyarakat Kolam Ayer Singapore pada 6 hb. Januari, 2008 dari

Jam 4.40 petang hingga 10.00 malam

 ( Semua ahli ahli Garuda yang berdekatan sekitar Johor dan Singapore dijemput hadir  bersama sama meraikan )

 

  

 

 

  • Untuk mengemaskini rekod keahlian kepada semua Siswa serta Siswi Perguruan Garudasakti seluruh dunia , diharap sesiapa yang namanya tidak tercatit didalam senarai simpanan Perguruan diharap dapat menghubungi master untuk tindakan lanjut.
  • Juga jika ada ahli - ahli  lama dari Perguruan Garudasakti semasa didalam kendalian Arwah Bapak Haji Supathir yang ingin menyertai kembali boleh juga rujuk kepada master. Bayaran separuh harga kepada ahli-ahli lama yang ingin meneruskan penganjian nya.
  • Dibuka untuk pencarian 100 Gurumuda Garudasakti seluruh negara Malaysia untuk menganjar dalam Malaysia dan luar negara.Setelah cukup bapak akan tutup dan menumpukan pada program Gemblengan 100 Gurumuda Garudasakti.

 Sekian untuk rujukan siswa - siswi semuanya.

Sejarah Lagenda Perguruan Garuda Sakti 

Benar, tanah air mesti dipertahankan dari penjajahan walau dengan cara dan ilmu apa pun!     

  

    Dari Janatagan Apdeling, Blora Indonesia.... Bapak Hj.Supathir bersama Sukarno dan Sultan Shahril terus menerus menentang Belanda, hingga mata pedang tidak lagi berkilauan hingga nampak kilaunya melainkan dipenuhi dengan warna merah darah, semerah selempang merah yang menyilangi dada. Dari situ beliau berangkat ke Pulau Riau bagi meneruskan penentang penjajah. Belanda mesti ditumpaskan dan pejuang pejuang Garuda Sakti mesti berterbangan, beribu nyawa Belanda yang tumpah dengan kepala terpenggal, bergelimpangan. Dari situ beliau berangkat ke Tanjung Pinang dan ini adalah destinasi yang terakhir.

  

      Esoknya, selepas mengimamkan penduduk Tanjung Pinang, selepas berdoa dan memberi kata semangat, bapak kembali menyarungkan selempang merahnya melilit dada, disisipnya pedang jihad dipinggang lalu digenggamnya kacang hijau tempat dia berpijak, seraya berpaling menghadap makmum dihalaman masjid, beliau memberi keyakinan. Inilah ilmu Allah yang suci murni, sesuci tanah tempat kita berpijak dan kembalikan, jangan gentar, tetapkan iman ingatlah wahai hamba Allah bahawa di sini hanya sementara, akhirat itulah kita kekal. Yakinlah, Allahhuakbar. Allahhuakbar. Allahhuakbar. Serentak dia melemparkan kacang hijau yang tergenggam lalu mengujudkan sekian banyak tabuan hingga bunyinya membingitkan telinga dan hilang sekelip mata, mencari Belanda si penjajah. Menyengkap air matanya sewaktu ditemui baru-baru ini. Baginya perjuangan menentang penjajah dari zaman Belanda hinggalah ke Jepun, Inggeris mahupun komunis adalah nostalgia yang tidak mungkin dapat dilupakannya. Sahabat yang menggabung nyawa dan gugur di medan juang baginya adalah satu pemergian yang tidak mungkin dilupakan, mereka hidup bagi bapak!, Kata Bapak Supathir.

Menyambut Ulangtahun Perguruan  Silat Garudasakti ke 21 tahun bersama YDP Bapak Hj.Supathir bin Parto

 

     Menurut beliau lagi, selama dua hari dua malam bapak bersama Sukarno dan Sultan Shahril menentang penjajah secara habis-habisan. Mereka mengetuai penduduk kampung dan kumpulan masing-masing, dan selama itu mereka sudah meragut hampir satu juta nyawa penjajah Belanda.  Anak bayangkan sahaja, pakaian dengan selempang sudah sama warna , dari hulu pedang hingga ke hulu tempat digenggam dibasahi darah, hingga darah tidak sampai kering, hanyir! Selepas dua hari bapak henti rehat kemudian tidak lama dari itu Indonesia mencapai kemerdekaan.

 

     Sambung beliau lagi, ketika umur bapak 45 tahun, bapak sudah berhijrah. Ketika tahun 1945, bapak sudah berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Kota Tinggi. Waktu Sukarno diangkat menjadi Presiden Indonesia yang pertama, bapak dipelawa oleh beliau untuk menjadi timbalannya tetapi bapak enggan bahkan Sultan Shahril juga memujuk. Namun hati bapak berat untuk memegang jawatan itu, tambahan lagi bapak sudah mendirikan rumahtangga dengan orang semenanjung dan hampir semua pertempuran di Tanah Melayu sudah bapak saksikan sendiri dan mengikutinya. Dari Jepun, Inggeris hinggalah 13 Mei, begitu juga sewaktu memerangi Komunis berbintang Tiga, peristiwa begitu membuatkan bapak rasa Tanah Melayu ini sebagai tanah lahir bapak sendiri.

Latihan Jurus Inderasakti Peringkat Asas

 

      Kembali menyingkap akan kehebatan ilmu Garuda Sakti yang diamalkan oleh Bapak Supathir, beliau yang dilahirkan pada 1913 di Indonesia bertempat di pendalaman Apdeling Blora yang berasal dari keluarga geladangan mengakui, " Sepanjang pengalaman bapak dari seberang ke semenanjung dan selepas menemui guru-guru ilmuan kebatinan, bapak belum temui lagi sebarang ilmu yang dapat menandingi kehebatan Garuda Sakti. "  

     Sambung beliau lagi, " Sudah 138 guru persilatan dan kebatinan yang bapak temui di Semenanjung kesemuanya jika mahu diukur tolak jika mahu dicontohkan pada ukuran manusia, ilmu kebatinan di Malaysia ini, tingginya paling lebih hanya setakat paras buku lali kaki bapak sahaja. Bukannya bapak mahu menyombong diri dengan ilmu Garuda Sakti, tetapi jika sesiapa yang ingin mengakui dirinya handal, ya, silakan ke mari! Jika setakat kebal tidak mampan senjata, dengan setakat tangan kosong sahaja bapak boleh bunuh. Jika tidak muntah darah, jangan panggil bapak! Silakan berludah dihidung bapak, bapak rela! "

      Tambah beliau lagi, di dalam kebatinan Garuda Sakti, ada beberapa perkara yang menjadi kepantangan bagi pengamalnya. Diantaranya kepantangan itu adalah tidak boleh melakukan dosa-dosa besar jika mahu mengamalkan semula terpaksa menyeberangi laut untuk memandikan mereka.

   

 

Menyambut Ulangtahun Perguruan  Silat Garudasakti ke 22 tahun bersama pesilat pesilat dari seluruh negeri

     Selalunya pengamal yang melanggar pantang akan dimandikan di Pulau Besar, Melaka. Ditanya mengapa pulau dijadikan tempat dimandikan, jelas beliau, " kerana Nabi Allah Adam, sewaktu diturunkan adalah di pulau dan terpaksa menyeberangi lautan untuk mencari Hawanya semula. "

      Tambah Haji Supathir lagi, bagi pengamal-pengamal Garuda Sakti, zikir adalah kekuatan rohani hingga mereka yang berjaya akan mampu menembus diri sekalipun lubang cahaya hanya sebesar jarum sahaja, seperti katanya, " dikatakan ilmu telus cahaya atau tembus udara, jika udara mampu bergerak masuk kita juga bisa? Ini dipanggil Sukma Rogo dimana nafas Anum ( halus ) memainkan peranan penting ".

 

Di dalam soal zikir menurut beliau lagi, zikir ditambah tingkat tertentu bagi mereka yang mencapai selempang merah dimana waktu subuh, zikirnya 555, manakala Zuhur 444 zikirnya, Asar 333, Maghrib 222 dan Isyak 165 ditambah lagi dengan tahajjud dan zikrullah 14444, dan hampir dikatakan bahawa setiap waktu sama ada di dalam solat atau di luar, mereka akan sentiasa dalam keadaan berwudhuk dan berzikir. Difahamkan juga, zikir jauhar atau sirr di dalam Garuda Sakti mengikut bilangan nabi, rasul begitu juga bilangan wali-wali Allah. Apa yang lebih menarik lagi adalah, jalan kembali dan penyucian diri di dalam amalan itu menjurus kepada jalan kembali kepada Allah atau dikenal kepada 'jalan kematian'. Walau bagaimanapun, menurut Haji Supathir apa yang lebih penting didalam Garuda Sakti adalah menjadi Hamba Sejati dan mempelajari seni bela diri sebagai ibu kepada setiap yang bernama seni, sebagai mana menurut beliau setiap perkara ada rukunnya dan didalam ilmu Garuda Sakti, rukun itu menjadi asas dalam setiap gerak dan diam. Garuda Sakti juga sudah membuktikan kehebatannya dari zaman penjajah hinggalah abad ke21 ini. Menurut Bapak Hj.Supathir lagi, bagi Bapak, betapa hebatnya dunia ini sekarang, ikatan khalimah Suhadah tidak pernah berubah bahkan tidak ada ilmu yang lebih tinggi dari ilmu Kalimah Allah. Bagi pengamal Garuda Sakti yang berada hampir disegenap pelusuk tanah air, Brunei, Sabah dan Sarawak, bapak berpesan supaya jangan sesekali riak serta takbur, jika bapak yang sudah uzur ini begini masih kuat berzikir, jangan kalian yang masih muda melupakannya. Dengan Allah, " kita manusia jangan biadab!!!!!"

 

 

 

Ujian ketahanan dan semangat Juang Garudasakti

 

     Ingat pesan bapak lagi, " Kita orang Islam, senjata yang paling ampuh adalah doa ", Itulah senjata mukmin dan balasannya adalah kabul, hati-hati dengan doa orang mukmin. Kesimpulannya didalam Ilmu Garuda Sakti diakhir perjalanan setiap insan pasti mengenal jalan kembalinya, jalan damai yang tidak berhujung dibalik ilmu perang yang bukan kepalang, hingga warna selempang, pakaian dan pedang menjadi sewarna, sedarah, serasa didalam paduan kalimah Thoibah.

     
  

PERJUANGAN GARUDA

 

Berjuta nyawa yang hilang

terpenggal dan berpisah dari leher sendiri

Garuda bangkit berdiri saksi

Bukan engkau memanah ketika engkau memanah

Bukan engkau melontar ketika engkau melontar

Garuda terbang semakin meninggi

dalam zikir yang menghilang

dalam rasa yang paling rahsia,

antara Tuhan dan hamba

Jikapun aku sampaikan apa yang aku rasa

nescaya darah ku juga halal sebagai mana halalnya

darah musuh dimata pedang ku

bila warna selempang dan darah menjadi sama

bila kilauan pedang dimerahi darah

dari hulu kehilir pedang

tajamnya lidah pedang menumpukan lidahku

sebelum aku membujur lalu

kembalikan aku pada keesaan

diatas tengkuk Garuda sakti yang meninggi!

Ampunkan aku...................

  
     

 

 Bapak Hj.Supathir Parto

 ( Panglima merangkap Pengasas Garuda Sakti )


Perguruan Kebatinan Silat Garuda Sakti

Assalamualaikum W.B.T.

 

      Syukor kehadrat Allah S.W.T. dengan izin dan hidayah darinya saya hadirkan diri saya dengan ilmu - ilmu warisan silam pegangan dari para wali - wali Allah khususnya dari Indonesia dan Malaysia  ilmu - ilmu pegangan para wali - wali itulah yang memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah Barat serta menyebarkan panji - panji Islam keseluruh nusantara Asia Tenggara ini. Saya sebagai Guru yang diijazahkan menawarkan ijazah kebatinan secara jarak jauh untuk dimiliki atau hadir diri jika berkemampuan.     

     Jika menuntut cara Jarak Jauh, Ijazah - ijazah tersebut akan dihantar melalui POS EXPRESS ke alamat saudara-saudari, Ijazah tersebut boleh digunakan untuk saudara - saudari yang ingin beramal untuk diri sendiri , keluarga maupun menolong saudara mara atau berminat membuka perguruan sendiri atau mengijazahkan nya kepada sesiapa yang berminat. Pengisian hadir atau jarak Jauh sama perngisiannya.

Ilmu untuk mempertahankan diri, ilmu yang tertua yang telah kami pelajari daripada Indonesia dan Malaysia tuntutlah ilmu yang HAK dan SUCI disisi ALLAH dan jangan belajar ilmu yang salah disisi Allah, pelajarilah ilmu yang suci disisi ALLAH ini, supaya tidak sesat jalan, diibaratkan bersedia payung sebelum hujan. 

Insya-Allah payung akan berguna walau hujan itu lebat sekalipun, payung tetap dapat melindungi diri daripada terkena hujan, Insya-Allah tetapkan iman, dan jangan ragu-ragu belajar ilmu yang suci disisi Allah. Insya-Allah kita akan dapat berjaya dari segala-galanya, ingatlah wahai hamba Allah, dunia ini hanya untuk tumpangan sementara waktu sahaja, di akhiratlah tempat yang kekal selama-lamanya. 

Harap menjadi perhatian sekelian hamba Allah yang beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan boleh berjaya belajar mempertahankan diri sangat penting jangan belajar melepak serta berfoya-foya sangat rugi sekiranya kita mengikut hawa nafsu yang tiada diredhai Allah dan sangat rugi sekiranya kita melupai mati. Wahai sekelian hamba Allah yang beriman tuntutilah ilmu dunia dan juga tuntutilah ilmu yang suci sejati untuk bekalan di akhirat. Belajarlah ilmu yang suci disisi Allah  supaya kita dapat kebahagian di dunia sehingga di akhirat.  

Ilmu ilmu kebatinan telah saya pelajari hingga keperingkat guru adalah Perguruan Kebatinan Panca Bayu, Seni Silat Jawa Sejati, Silat Garuda Sakti, Silat Warisan Perlis, Kebatinan Indera Sakti, Silat Gaib Laksamana, Ilmu Aura Mistik Tenaga Alam Kosmik ( Jalur Emas ), Ilmu Mistik Reiki Kundalini ( Penyembuhan Ilahi), Pangmungkas Ilahi , Tendai Master dan lain lain.  

      Saya garap keseluruhan ilmu-ilmu tertua ini untuk dijadikan Pusaka Leluhur untuk anak anak bangsa yang akan datang. Ilmu-ilmu serta petua-petua yang saya gali dan pelajari dari guru guru tua yang setengahnya telah meninggal dunia. Kepada Ustaz Shahrin, Ustaz Mazlin, Master Dr.Khalid, Master Mohd. Hisham, Kiyai Salleh@Pak Irwan, Haji Raja Ali dan Guru - Guru sekelian bapak panjatkan kesyukuran diatas kurniaannya sekelian guru-guru dapat menunjuk ajar sehingga qatam perguruan. Al'fatihah saya tujukan kepada Arwah Bapak Hj.Supathir selaku Guru Garuda Sakti dan kebatinan Indera Sakti, Bapak saya sendiri serta yang guru-guru yang lain lagi yang telah mengijazahkan Ilmu serta petua kepada saya.

      Memandangkan kepada suasana masyarakat kita yang berbilang bangsa dengan dipenuhi berbagai gejala buruk dan jahat seperti perogolan, pembunuhan, kecurian, perompakan, dan sebagainya jadi untuk mengatasi gejala gejala buruk dan jahat seperti itu dengan izin Allah S.W.T. telah dapat saya susunkan kaedah pengamalan dan jurus Ilmu Perguruan Silat Garuda Sakti yang merupakan Ilmu Pahlawan serta Hulubalang yang telah lama wujud tetapi kian dilupai oleh zaman.

      Satu ilmuan tertua dan leluhur dari Tanah Indonesia  yang dapat melumpuhkan serangan lawan tanpa menyentuhnya walaupun berada dimana dan dalam keadaan apa sekali pun. Kunci ilmu ini akan saya wariskan kepada anda dan ianya merupakan Warisan Leluhur dari  Indonesia. Anda akan diijazahkan dengan keilmuan yang hebat yang berfungsi untuk segala niat. 

      Lawan yang beremosi tinggi akan muntah darah dan terkunci dan mengosongkan kekuatan lawan. Anda akan diisikan dengan kekuatan  tenaga dalam bersama dengan 5 kekuatan tenaga batin Garuda Sakti (kehebatan 5 Jurus Garuda untuk kekuatan Dzahir serta batin ). Dengan berbekalkan ilmu ini anda mampu untuk menghindari dari serangan segala ILMU kejahatan seperti Santau, Ilmu Sihir, Racun, asid kebal dan segala serangan senjata tajam dan tumpul.

  

INTISARI ILMU

      Keistimewaan serta kehebatan kepada orang-orang yang mengamalkan Ilmu Kebatinanan Silat Garuda Sakti ialah andainya mereka diserang oleh musuh-musuh mereka atau sesiapa sahaja dengan emosi marah atau dengan niat mencederakan atau dengan niat tidak baik. Ianya tidak akan memberi kesan apa-apa kepada badan atau anggota pengamal ilmu ini, sebaliknya penyerang itu akan menerima akibat yang buruk.   

      Anda adalah merupakan salah seorang yang akan menghidupkan dan menyambung Khazanah amalan ini. Gunakanlah ilmu ini untuk tujuan kebaikan. Bapak tidak redha jika sekiranya anda menggunakan ilmu ini untuk tujuan maksiat dan kejahatan. Jika sekiranya sampai ke pengetahuan Bapak bahawa anda telah menyalahgunakan ilmu ini maka saya tidak teragak-agak untuk memansuhkan ilmu ini dari dada anda atau ilmu itu memakan diri anda sendiri ( rosak binasa ). 

     Akhirrul kalam, saya hanya mengimbau kepada anda sekelian khususnya kepada pengamal maupun saya sendiri untuk saling mempereratkan silaturrahim dan saling berbaik- baik diantara sesama ummat manusia.

 

Amin Ya Rabbal Alamin.

  

 

Amanat dari Bapak

Bapak Subarjo Hj.Sukardi


 

PROSES PENGOLAHAN TENAGA DALAMAN GARUDASAKTI

( Jarak Jauh atau hadir diri  )

 

Seperti yang anda ketahui untuk menguasai Garudasakti tidak diperlukan proses yang rumit. Tidak diperlukan persyaratan khusus, kecuali niat atau tujuan baik dan percaya kepada adanya Allah Yang Maha Kuasa. Setelah attunement selesai, siswa-siswi langsung boleh menggunakan amalan Garudasakti untuk pengobatan dan secara otomatis terlindungi dari berbagai bahaya. Siswa siswi boleh menguasai dan boleh meningkatkan serta membangkitkan energi yang terkandung di tubuh anda dengan cara Pengisian Ilahi.

Kita tahu, bahwa dalam hal ini, Allah melindungi dan membantu pengamal Garudasakti atas izin dan kehendaknya. Oleh karena itu, sudah pasti bahwa semua "keajaiban" yang terjadi pada pengamal Garudasakti  adalah karena berkat serta pertolongan Allah semata-mata. Sama sekali, tidak ada unsur energi yang berasal dari jin atau makhluk astral selain malaikat.

 PROSES ATTUNEMENT

Attunement adalah proses penyelarasan yang dibantu oleh seorang guru untuk menghubungkan jiwa-raga seorang siswa siswi dengan Energi Ilahi. Dalam memberikan attunement, seorang guru tidak dapat bertindak sebagai diri sendiri. Seorang guru berkeyakinan bahwa dirinya hanyalah perantaraan, sebagai salah satu alat Tuhan, dimana yang memberi kemampuan adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada energi apapun yang dimasukkan ke dalam tubuh siswa siswi. Secara sederhana, boleh dikatakan guru hanya membuka pintu energi, sedangkan Energi Ilahi adalah energi yang datang karena berkat Tuhan Yang Maha Esa.

 

Dengan demikian, meskipun attunement boleh dilakukan secara hadir diri , jarak jauh atau beramai-ramai, semua siswa siswi akan mendapatkan hasil yang relatif sama, sebanding dengan kesungguhan dan niat baik siswa siswi. Di sisi lain, seorang Master meskipun dalam sehari melakukan attunement berkali-kali, dia tidak kehabisan energi, karena dia tidak memindahkan energinya kepada siswa siswi nya.

 

Attunement berbeda dengan pengisian (baca : transfer / pemindahan energi). Kelebihan attunement dibanding "pengisian" adalah menghindari efek samping dari energi yang tidak sesuai atau tidak seimbang. Terutama jika energi yang ditransfer guru kurang bersih karena mungkin guru tersebut sedang dalam kondisi emosi sedih/marah/bernafsu/dll., sehingga boleh mencemari energi siswa siswi yang mungkin lebih murni. Pencemaran energi biasanya menimbulkan efek gangguan pada kesehatan fisik maupun mental. Karena attunement Garudasakti hanya membuka pintu energi, sedangkan energi yang mengisi adalah langsung dari Allah, maka tidak perlu takut akan adanya resiko, dan pastinya energi yang akan didapati siswa siswi sangat murni dan selaras dengan tubuh.

 

Attunement tidak boleh dilakukan secara paksa atau tanpa diketahui siswa-siswi yang bersangkutan. Siswa siswi harus sedar sepenuhnya dan sengaja mengikuti proses attunement. Selain itu, yang paling penting adalah niat/tujuan positif dari siswa siswi sendiri. Jika siswa siswi mengikuti attunement dengan tujuan yang negatif, maka dipastikan attunement tidak akan berhasil membuka pintu energi. Jika tujuan negatif tersebut muncul setelah attunement dan setelah siswa siswi memiliki kemampuan spiritual, maka kemampuan spiritualnya akan berkurang sebanding dengan intensif niat negatif tersebut dan sebanding dengan kejahatan yang pernah dilakukan siswa siswi. Seketika siswa siswi menyadari kesalahannya, maka energi Garudasakti akan kembali seperti semula.

 

Seperti yang pernah kami singgung di halaman sebelumnya, bahwa siswa - siswi mengembangkan tenaga dalaman Garudasakti dengan cara dan gayanya masing-masing. Kami yang kebetulan mengenal internet, dengan pertolongan Allah, berhasil mengembangkan teknik attunement yang boleh diikuti oleh semua orang dari berbagai tempat, tanpa harus bertemu dengan guru/master. Kami akan bahas teknik attunement hasil warisan Guru guru Garudasakti ini secara khusus nanti. Sekarang kami akan memberi tahu anda tradisi asli penurunan Garudasakti.

 

TINGKATAN ILMU PERGURUAN GARUDASAKTI 

( KURSUS PERINGKAT SISWA SISWI , JURULATIH DAN GURU MUDA)

  

Rahsia Perguruan Silat Garuda Sakti Peringkat Asas ( Siswa siswi )

  

            Satu ilmu tertua dan leluhur dari Tanah Indonesia  yang dapat melumpuhkan serangan lawan tanpa menyentuhnya walaupun berada dimana dan dalam keadaan apa sekali pun. Kunci ilmu ini akan saya wariskan kepada anda dan ianya merupakan Warisan Leluhur dari  Indonesia. Anda akan diijazahkan dengan keilmuan yang hebat yang berfungsi untuk segala niat .  

            Lawan yang beremosi tinggi akan muntah darah dan terkunci dan mengosongkan kekuatan lawan. Anda akan diisikan dengan kekuatan  tenaga dalam bersama dengan 5 kekuatan tenaga batin Garuda Sakti (kehebatan 5 Jurus Garuda untuk kekuatan Dzahir serta batin, benteng Pagar Ghaib dll. Dengan berbekalan ilmu ini anda mampu untuk menghindari dari serangan segala ILMU KEJAHATAN seperti Santau, Ilmu Sihir, Racun, asid kebal dan segala serangan senjata tajam dan tumpul.  

Bab 1: Pengisian dan Pengaktifan Daya Ghaib ( Buka pintu Cakra mata batin )

Bab 2: 9 amalan untuk perlindunagn diri dan dari serangan musuh

Bab 3: Pengisian 5 Jurus Garuda dan Pagar Diri dari serangan musuh( pagar kepala dan badan ) tambahan 22 amalan yang hebat ilmu tertua lelluhur dari tanah Indonesia.Pagar diri Ghaib yang dapat melumpuhkan serangan lawan tanpa menyentuhnya walaupun berada dimana mana dan dalam keadaan apa sekali pun. Kunci Ilmu ini akan diberikan.

 

 Mahar  untuk peringkat ASAS ( Murid ) = RM499.00

Bonus  : ( 44 JENIS ILMU PUSAKA KARUHAN )

  

Rahsia  Perguruan Indera Sakti ( Peringkat Pertengahan )

( Menjadi jurulatih jika berkelayakan dan boleh menerima selempang merah Garudasakti )   

            Ilmu  ini  ada lah peringkat tinggi lanjutan dari Garudasakti. Dengan ditambah Jurus Peringkat tinggi dengan 11 Jurus Kebatinan peringkat Tinggi, anda boleh kegelanggang Permainan untuk diuji keilmuannya. Dengan gabungan kedua dua ilmu ini anda boleh menggunakan jurus jurus ini untuk perlindungan daripada musuh yang  ghaib maupun yang nyata. Musuh akan terpintal dan musnah dengan hanya niat sahaja. Anda juga akan diisikan dengan Jurus Penyembuhan dan layak untuk membuat penyembuhan untuk diri sendiri, keluarga maupun sahabat handai.

  

Bab 1 : Ilmu ini adalah peringkat tinggi lanjutan dari Garudasakti. Dengan ditambah Jurus peringkat tinggi dengan 11 Jurus kebatinan peringkat tinggi anda boleh diuji ke gelanggang

Bab 2 : Dengan gabungan kedua-dua Ilmu ini anda boleh menggunakan jurus jurus ini untuk perlindungan diri daripada musuh musuh yang ghaib maupun yang nyata.Musuh akan terpintal dan musnah dengan hanya niat sahaja.Anda akan juga diisi dengan Jurus Penyembuhan dan  layak untuk membuat penyembuhan untuk diri sendiri ,keluarga maupun sesiapa sahaja.

   

Syarat: Mengambil dahulu Ilmu Garudasakti peringkat ASAS duhulu.

Mahar  untuk Perguruan Indera Sakti = RM499.00

   

BONUS : ILMU PENGOBATAN, PENGASIHAN DAN PELARIS PERNIAGAAN, ILMU MENGHADIRKAN SILAT ( APA SAHAJA JENIS SILAT ) DAN DALAM PERTEMPURAN SERTA ILMU ILMU AMPUH DAN PETUA - PETUA  SEPANJANG BERGURU BERSAMA BAPAK PENGASAS GARUDASAKTI

  

Rahsia Perguruan Garuda Sakti Peringkat Tinggi ( Gurumuda )

( Menjadi Gurulatih jika berkelayakan dan layak menerima Selempang Merah Perguruan )

        Gabungan dari kedua dua Perguruan ini akan menjadikan anda lebih yakin untuk mencapai peringkat Gurulatih.Tambahan 11 Jurus Garuda, lengkap 15 jurus peringkat master. Guna  untuk benteng diri, serangan maut untuk musuh dan untuk juru kunci penghobatan.

       Anda akan disikan dengan ( Ilmu Makrifat Sejati Peringkat Tinggi hanya untuk Guru sahaja ) anda layak untuk menjadi Guru Muda Garuda Sakti atau ingin membuka perguruan sendiri maupun untuk kegunaan diri sendiri maupun keluarga anda dan masyarakat.  

       

   Bonus:

1) Ilmu Perubatan, Ilmu menghadirkan silat dalam pertempuran dan Ilmu-ilmu ampuh semasa berguru dengan Bapak Pengasas Garudasakti

  

2) Layak menerima Keris Perguruan Garudasakti LOK 9

   

3) Layak menerima Selempang Perguruan Garudasakti 

   

Mahar  untuk Garuda Peringkat Tinggi  ( Gurumuda ) = RM1999.00

  

Perhatian : Mengambil peringkat GURU MUDA GARUDA SAKTI, akan diihadiahkan kebatinan INDERA SAKTI. Rebutlah peluang seumur hidup anda .jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu dunia dan akhirat yang berguna dan diberkati serta dirahmati oleh Allah S.W

    


Seni Silat Inderasakti

  

TAWARAN UNTUK AHLI YANG TELAH MENGAMBIL GARUDASAKTI SERTA AHLI WARISAN NUSANTARA

Lanjutan dari Perguruan Silat Garudasakti

  

Ilmu Peringkat Tinggi dengan ditambah 11 Jurus untuk Jurus pengobatan dan peperangan atau dalam permaianan gelanggang, anda boleh diuji kegelanggang dan anda layak untuk membuat penyembuhan untuk keluarga atau pun orang lain.

 ISI KANDONGAN  :   

1. Pendinding diri, Keluarga, Rumah dan Kenderaan.  

2. Pengobatan 

3. Permainan Silat Ghaib Garuda dan Peperangan ( boleh bersilat sendiri )

4. Memukul musuh dari jarak jauh ( menggunakan keris LOK 9

5. Dan lain - lain 

Khusus untuk ahli Garudasakti dan Silat Warisan Nusantara  hanya RM299.00.

Harga asal RM499.00.

   

Sijil Perguruan akan disertakan kepada ahli yang mendaftar. Peluang untuk yang mengambil Lanjutan Garudasakti akan layak menerima Selempang Merah Perguruan dan bakal menjadi Jurulatih Garudasakti.

   

ILMU PENGOBATAN, PENGASIHAN DAN PELARIS PERNIAGAAN ILMU MENGHADIRKAN SILAT (APA SAHAJA JENIS SILAT) DAN DALAM PERTEMPURAN SERTA ILMU-ILMU AMPUH DAN PETUA-PETUA  SEPANJANG BERGURU BERSAMA BAPAK PENGASAS GARUDASAKTI.

     

::  Lihat senarai siswa-siswi Perguruan Seni Silat Garudasakti, klik disini.

    


Gambar kenangan bersama YDP Pengasas Garudasakti Bapak Hj.Supathir bin Parto

 

  Gambar 1: Kenangan bersama Bapak Hj. Supathir bin Parto semasa di Pulau Besar. Berlatar belakangkan Makan Wali Allah Sultan Ariffin Syeikh Ismail
   Gambar 2: Di Gelanggang Melayu Seri Pelanduk Pulau Besar, gambar ini diambil pada tahun 1997 sebelum gelanggang ini ditutup ketika ini
   Gambar 3: Di Makam 7 adik beradik, Pulau Besar
  Gambar 4: Di Perigi Hang Tuah, Kampung Duyung, Melaka
      
 

Aktiviti - Aktiviti  sepanjang tahun 2008

 

Perguruan Seni Silat Garudasakti telah membuat persembahan  dimajlis " PENDEKAR HARAPAN 2008 " di kelab Masyarakat Kolam Ayer Singapore pada 6 hb. Januari 2008 dari Jam 4.40 petang hingga 10.00 malam.

 

 

Gambar 1

Bapak bergambar beramai-ramai bersama Perguruan Seni Silat Gagaksakti dimajlis penutup majlis istiadat pertabalan Hajah Suzannah sebagai Guru Utama

 
Gambar 2   Gambar 3
Gambar 4&5 Suasana dimajlis pertandingan Di Hari Pendekar Harapan 2008
 

Gambar 6

Kehadiran VIP serta tetamu undangan dari Pesaka Malaysia serta perguruan perguruan yang lain

 
 

Gambar 7 & 8 Majlis Adat istiadat Watikah dan Keris Mandat yang disampaikan dari Bapak Subarjo dari Perguruan Garudasakti kepada Hjh. Suzannah sebagai Guru Utama Seni Silat Gagaksakti

 

Gambar 9

Lawatan di Mesjid Sultan di Singapore bersama Hajjah Suzannah dan suaminya Jamal serta anak sulungnya Prof. di depan mesjid India

 

Gambar 10

Bersama Dr. Rashidin di depan Dewan Kolam Air, Singapore

 

Perjumpaan 5 Perguruan Seni Silat sempena sambutan Maulidur Rasul 1429 H

     

Gambar 1

Perjumpaan Perguruan Silat Garudasakti, Gayang Lima, Silat Warisan , Silat Gayung Malaysia ( dari  Malaysia ) dan Seni Silat Gagaksakti dari Singapura

  Gambar 2 & 3  Suasana di majlis Maulidrasul
  Gambar 4  Bergambar Bapak bersama Ustaz Mazlin dari Perguruan Silat Warisan serta murid-muridnya dari Singapore
   
Gambar 5 & 6 Persembahan Silat Gayang 5
 
Gambar 7 & 8  Persembahan Silat Gagaksakti
 
Gambar 9 & 10

Gambar 11 

Aksi dari Perguruan Gagaksakti

 

Gambar 12

Gabungan Perguruan Gagaksakti & Silat Gayang 5

 

Gambar 13

Gabungan Dari Perguruan Garudasakti

Gagaksakti dan Gayang 5

 
  
 

  

SENARAI SISWA SERTA SISWI PERGURUAN GARUDASAKTI  DARI TAHUN 2007 HINGGA 2008

NAMA

NEGERI PERINGKAT
  1) ARIFFIN BIN MOHAMAD KEDAH    

ASAS 

  2) AZMAIL BIN MOHD.SALIMON  KELANTAN     

AKC   

  3) AZMAN BIN ALI   ( K )   MELAKA  

GURUMUDA

  4) ADITYATMA   SOUTH KOREA 

ASAS

  5) ABDUL AZIM B.ABDUL AZIZ  SELANGOR  

AKC&BBK

  6) AZMAN BIN HUSSIN SINGAPORE  

ASAS

  7) USTAZ BASIR TERENGGANU  

   ASAS & PERTENGAHAN    

  8) BISTAR @ MEDIHI HJ.ADAM    SARAWAK  

ASAS & PERTENGAHAN

  9) FATHULMUBIN DONNY BIN ABDULLAH    MELAKA   

ASAS

 10) FAHZIN SHAH BIN MISERAN     JOHOR       

ASAS

 11) HISHAM BIN HASSAN  JOHOR 

  ASAS & PERTENGAHAN    

12) HALMY BIN SIRAT SELANGOR  

ASAS

13) HAZIZUL SHAM B.MOHD.HUSEIN SELANGOR    

ASAS & AKC

14) HAPSAH BINTI ABD.KARIM NETHERLANDS      

ASAS ( PS )

15) IBRAHIM B.AHMAD SINGAPORE        

ASAS

16) IZZATUL NUHA JOHOR 

ASAS

17) JAMAL B.ASHIK SINGAPORE     

ASAS

18) JASNI B.HJ.JAPAR SABAH

ASAS

19) JUNIZAN B.UYUK  JOHOR  

ASAS

20) KAMARULARIFFIN B.MOHD.ZABIL SABAH   

ASAS

21) KUZAM B.TUAN BULAN TERENGGANU

ASAS ( AKC )

22) MOHAMAD FAIROUSE JAPAN 

ASAS

23) MOHAMAD DAHLAN SINGAPORE 

  ASAS & PERTENGAHAN ( PS )

24) MOHD.ROZANI B.PAWAN CHEK KELANTAN 

ASAS

25) MOHD.AZHIIM MUIZZ B.MOHD.MAKIN KUALA LUMPUR 

ASAS

26) MUSA AL¨BAKRI B.MAT DAUD KUALA LUMPUR

ASAS

27) MOHD.GHAZALI ANGGANG JOHOR

ASAS

28) MOHD.AIZUDDIN B.ABD.AZIZ NEGRI SEMBILAN    

ASAS

29) MALEK HASSAN B.AHMAD JOHOR   

ASAS ( PS )

30) MOHD.ZAHID B.IBRAHIM SINGAPORE   

ASAS ( PS )

31) MOHD.HANIF B.JUMA¨AT SELANGOR  

ASAS ( AKC )

32) MOHD.AZLI BIN MOHD.AZIZI ( K )  PERAK  

GURUMUDA

33) MOHD.RIDUAN B.DOLLAH  NEGRI SEMBILAN  

ASAS

34) MOHAMAD SYAFIQ B.ABD.HAMID PERAK

ASAS

35) MOHD.ISA BIN TAHIR JOHOR 

ASAS

36) MOHD.ZAWAWI B.MAT SALLEH TERENGGANU  

ASAS

37) MOHD.AZHARI JAHURLANG B. MOHD.AZLI PERAK

ASAS

38) MOHD.JAMIL B.MAT ISA   PERAK

ASAS